Sign In

Semakan Diskaun 10% Bil Elektrik

Pakej Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi Tambahan (PEMERKASA+) dan Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH)


​ ​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​

Kerajaan prihatin dengan kesan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan terhadap sektor ekonomi negara khususnya sektor ekonomi yang berkaitan dengan pelancongan. Justeru, Kerajaan melalui Pakej Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi Tambahan (PEMERKASA+)  dan Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri masing-masing pada 31 Mei 2021 dan 28 Jun 2021 telah bersetuju untuk meluluskan pemberian diskaun khas bil elektrik sebanyak 10% kepada 6 sektor berkaitan dengan pelancongan di seluruh negara. Sektor-sektor yang terlibat adalah seperti berikut:

      1. pengendali hotel;
      2. agensi pengembaraan dan pelancongan;
      3. kompleks membeli-belah;
      4. pusat konvensyen;
      5. taman tema; dan
      6. pejabat syarikat penerbangan tempatan.

Pemberian diskaun ini dihadkan kepada pengguna yang memiliki tarif jenis perdagangan sahaja. Sekitar 17,500 pengguna komersial daripada 6 sektor ini akan menikmati diskaun khas 10% bagi tempoh masa berikut:

(i) PEMERKASA+ bermula pada 1 Julai hingga 30 September 2021; dan
(ii)   PEMULIH bermula pada 1 Oktober hingga 31 Disember 2021.

​​​Kerajaan percaya bahawa diskaun khas ini akan dapat membantu sektor berkaitan pelancongan yang terlibat untuk meneruskan kelangsungan perniagaan mereka dalam keadaan ekonomi negara yang sangat mencabar pada masa ini.


Pengguna yang telah menerima diskaun bil elektrik 10% di bawah Pakej PERMAI/PEMERKASA oleh pembekal elektrik masing-masing (TNB/ SESB/ SEB) akan menerima diskaun bil elektrik 10% di bawah Pakej PEMERKASA+ dan PEMULIH secara automatik untuk akaun yang masih aktif dan tidak perlu mengemukakan permohonan baru. 


Sekiranya pengguna di bawah 6 sektor perniagaan berkaitan pelancongan tidak pernah menerima diskaun bil elektrik 10% di bawah PERMAI dan PEMERKASA sebelum ini, maka permohonan rayuan boleh dikemukakan kepada pembekal elektrik masing-masing (TNB/ SESB/ SEB). Permohonan rayuan perlu dihantar kepada syarikat pembekal elektrik selewat-lewatnya pada 30 September 2021 di bawah Pakej PEMERKASA+ dan 31 Disember 2021 di bawah Pakej PEMULIH dengan melengkapkan borang rayuan yang boleh dimuat turun melalui laman web http://www.ketsa.gov.my/semakandiskaunbilelektrik10PEMERKASA2021/Pages/Borang-Permohonan.aspx​ dan menyertakan dokumen sokongan  yang lengkap seperti berikut:

    1. Salinan Borang 9 (Borang Pendaftaran Syarikat)
    2. Salinan Lesen Perniagaan yang sah tempoh; dan
    3. Salinan bil elektrik

Pihak pembekal elektrik akan membuat semakan silang bagi memastikan pengguna menepati kriteria yang ditetapkan dan adalah layak untuk dipertimbangkan. Seterusnya pembekal elektrik akan memajukan permohonan tersebut kepada Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) untuk pengesahan dan kelulusan di peringkat Jawatankuasa Pengesahan Permohonan Rayuan Diskaun Bil Elektrik.

 

Pengguna boleh menyemak status kelayakan diskaun bil elektrik 10% di laman web http://www.ketsa.gov.my/semakandiskaunbilelektrik10PEMERKASA2021/ dari masa ke semasa.​