PERHIMPUNAN BULANAN KeTSA BERSAMA YB MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI
14 January 2022


14 Januari - Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) telah menganjurkan Majlis Perhimpunan Bulanan yang diadakan pada pagi ini 14 Januari 2022 di Dewan Baiduri, Wisma Sumber Asli.

YB Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Takiyuddin Bin Hassan dalam ucapan perasmiannya menyeru agar seluruh warga KeTSA untuk memulakan tahun 2022 dengan penuh semangat dan dedikasi dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat, dan berharap agar KeTSA sentiasa responsif dan cekap dalam penyampaian perkhidmatan kepada rakyat.

“Dalam melaksanakan tanggungjawab menyampaikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat, semua jabatan dan agensi perlu bekerjasama dan mewujudkan sinergi antara satu sama lain. Ini termasuk berkongsi maklumat dan sumber, merangka strategi bersama dan mengadakan perbincangan yang berterusan dalam menyelesaikan sesuatu isu yang berada di bawah bidang kuasa kementerian dan jabatan,” tambahnya lagi.

Selain itu, beliau juga menzahirkan rasa simpati kepada warga kerja KeTSA juga terkesan akibat banjir pada penghujung Disember 2021, dan turut mengucapkan berterima kasih atas sokongan yang diberikan Pengurusan KeTSA, Sukarelawan KeTSA dan Kelab Kebajikan KeTSA yang telah bersama-sama memberikan bantuan tenaga, masa dan sumbangan kepada semua pegawai yang terkesan.​


Attachments