Sign In

​HEBAHAN: KAJIAN KEPERLUAN PROJEK PEMBANGUNAN APLIKASI MALAYSIA'S GEOSPATIAL HUB (MyGEOHUB)​​​​​​​​



Dengan segala hormat, perkara di atas adalah dirujuk.
 
2.       Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Geospatial Negara Negara (PGN) sedang melaksanakan Kajian Keperluan Bagi Projek Pembangunan Aplikasi Malaysia's Geospatial Hub (MyGeoHub). Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mendapatkan pandangan dan cadangan dari Pengguna Awam, Agensi Kerajaan, Swasta, Badan Berkanun, Universiti Awam dan Institusi Pendidikan Tinggi Swasta berkenaan keperluan bagi Projek Pembangunan Aplikasi MyGeoHub. 
 
3.       Untuk makluman, MyGeoHub merupakan satu platform perkongsian yang menggabungkan sumber-sumber GIS terbuka seperti maklumat dan aplikasi geospatial untuk capaian kepada orang awam. Orang awam dapat mencapai sumber-sumber geospatial secara atas talian dan dapat memanfaatkan ia bagi tujuan analisa, visualisasi dan sebagainya.
 
4.       Sehubungan itu, pihak tuan/puan dialu-alukan untuk melengkapkan kaji selidik ini secara dalam talian melalui capaian pautan https://forms.gle/ru65keyZePdJWtes9.​