Memberi perkhidmatan perundangan yang berkualiti, profesional, bermutu dan bertindak mengikut Perlembagaan Persekutuan serta undang-undang dengan cekap, adil dan saksama.
Unit Undang-Undang bertanggungjawab dalam menjalankan fungsi-fungsi Jabatan Peguam Negara di peringkat Kementerian/Jabatan untuk:
- memberikan khidmat nasihat dan pandangan sama ada secara lisan atau bertulis dalam perkara-perkara perundangan berdasarkan Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan
- menggubal perundangan-perundangan utama dan subsidiari termasuk menggubal perundangan yang baharu, memansuhkan mana-mana perundangan yang tidak lagi relevan atau membuat pindaan kepada perundangan sedia ada yang berada di bawah bidang kuasa Kementerian Tenaga dan Sumber Asli ("KeTSA");
- mewakili Kerajaan Malaysia dalam mana-mana prosiding guaman oleh atau terhadap Kerajaan Malaysia yang di berada bawah bidang kuasa KeTSA atau Jabatan-Jabatan di bawahnya;
- membuat semakan undang-undang terhadap mana-mana peruntukan atau mana-mana perundangan utama dan subsidiari di bawah bidang kuasa KeTSA; dan
- memantau pengendalian dan pelaksanaan tugasan pendakwaan oleh pegawai-pegawai Pendakwa di peringkat Jabatan/Agensi di bawah KeTSA.