Sign In

Unit Integriti

​​​​​​​​​​>Objektif​​

  • Untuk menyatupadukan semua pengurusan hal-hal yang berkaitan dengan integriti di bawah sebuah unit supaya inisiatif-inisiatif penginstitusian integriti, pencegahan, pematuhan, pengesanan salahlaku dan tindakan punitif dapat dilaksanakan dengan cara yang lebih fokus, terancang, efisien dan mencapai keberhasilan yang optimum.

 

​​​​​​​​​​>Fungsi

 Fungsi utama Unit Integriti Kementerian Tenaga dan Sumber Asli adalah:-

  • Memastikan tadbir urus yang terbaik dilaksanakan
  • Memastikan pembudayaan, penginstitusian dan pelaksanaan integriti dalam organisasi.
  • Mengesan dan mengesahkan aduan salahlaku jenayah serta pelanggaran tatakelakuan dan etika organisasi serta memastikan tindakan susulan yang sewajarnya diambil dan melaporkan salahlaku jenayah kepada agensi penguatkuasaan yang bertanggungjawab.
  • Menerima dan mengambil tindakan ke atas semua aduan/maklumat mengenai salahlaku jenayah serta pelanggaran tatakelakuan dan etika organisasi.
  • Memastikan pematuhan terhadap undang-undang dan peraturan yang berkuatkuasa.
  • Melaksanakan fungsi urus setia Lembaga Tatatertib.