OBJEKTIF- Membantu pihak pengurusan atasan menentukan pengurusan kewangan dijalankan selaras dengan polisi, undang-undang dan peraturan-peraturan yang ditetapkan.
- Menjalankan pemeriksaan terhadap sistem kawalan dalaman dan operasi organisasi ke atas hasil, perbelanjaan dan aset Kerajaan.
- Menentukan sejauh mana program dan aktiviti organisasi diuruskan dengan cekap, ekonomi dan berkesan.
- Menyediakan laporan audit yang bebas, adil dan bertepatan dengan masa terhadap operasi organisasi kepada Ketua Setiausaha Kementerian (KSU).
Fungsi utama Unit Audit Dalam (UAD) Kementerian Tenaga dan Sumber Asli adalah:-
- Menentukan operasi kewangan Kementerian dan jabatan/agensi di bawah kawalannya diurus dan ditadbir dengan teratur serta memastikan dasar-dasar, undang-undang dan peraturan-peraturan yang ditetapkan dipatuhi.
- Menentukan kewujudan kawalan dalaman, kesempurnaan sistem dan rekod-rekod yang diselenggara termasuk sistem teknologi maklumat.
- Mengkaji dan menilai secara teratur dan sistematik terhadap operasi Kementerian dari segi ekonomi, kecekapan dan keberkesanan.
- Mengesyorkan langkah-langkah bagi memperbaiki kelemahan operasi Kementerian dan jabatan/agensi di bawah kawalannya.
- Melapor kepada Ketua Setiausaha Kementerian hasil pengauditan dan mengambil tindakan susulan terhadap pekara yang dibangkitkan.
- Memberi maklumat kepada Bahagian Perancangan Kewangan Strategik, Perbendaharaan Malaysia apabila perlu bagi membantu, mengulang kaji dan menilai dasar kewangan, prosedur, sistem serta skop Unit Audit Dalam.
- Menyediakan Rancangan Tahunan dan Laporan Tahunan Audit Dalam.
- Membentangkan Laporan Audit Dalam di Mesyuarat Jawatankuasa Audit (JKA) dan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Kewangan dan Akaun (JPKA).