- Memastikan Kementerian, Jabatan dan Agensi di bawahnya mempunyai struktur organisasi yang efektif untuk melaksanakan fungsinya dengan cekap dalam mencapai objektif yang ditetapkan.
- Memastikan semua urusan perkhidmatan dilaksanakan secara teratur mengikut dasar dan peraturan yang ditetapkan.
- Membangunkan sumber manusia yang cemerlang melalui latihan yang berterusan.
- Memastikan supaya warga KeTSA dapat mempertingkatkan produktiviti dengan menggunakan potensi diri secara positif melalui perkhidmatan psikologi.
Merancang, melaksana, menyelaras dan memantau:
- urusan perjawatan (penyusunan/ penstrukturan/ pengukuhan/ kajian skim/ kajian elaun)
- urusan pemangkuan dan kenaikan pangkat
- urusan perkhidmatan, pengambilan dan pengisian jawatan
- urusan latihan/ kursus/ Hadiah Latihan Persekutuan (HLP)
- urusan Peperiksaan Perkhidmatan Awam dan penilaian kompetensi
- urusan psikologi dan kaunseling
- pelaksanaan Sistem Pengurusan Maklumat Sumber Manusia (HRMIS)