Sign In

Bahagian Pengurusan Maklumat

​ ​

​​​​​​​​​​>Objektif​​

  • Menyediakan infrastruktur, infostruktur dan perkhidmatan ICT yang menyokong visi, misi dan objektif Kementerian.
  • Memastikan keselamatan dan integriti aset ICT yang terjamin.
  • Menjadi perintis dan model utama dalam penggunaan ICT serta menerapkannya dalam budaya kerja Kementerian.
  • Membentuk personel IT yang mahir dan kompeten.

​​​​​​​​​​>Fungsi​​

  • Membangun Pelan Strategik Teknologi Maklumat (ISP) Kementerian.
  • Menjadi urus setia kepada Jawatankuasa Pemandu ICT (JPICT). 
  • Memastikan pelaksanaan projek ICT di Kementerian mengikut perancangan ISP, dasar, pekeliling dan garis panduan yang telah ditetapkan.
  • Meningkatkan keupayaan pengurusan dan operasi Kementerian melalui penggunaan ICT.
  • Membantu Kementerian melaksanakan aplikasi-aplikasi Kerajaan Elektronik.
  • Mengawalselia keselamatan ICT selaras dengan garis panduan keselamatan ICT sektor awam, Dasar Keselamatan Teknologi Maklumat KeTSA dan Garis Panduan Tadbir Urus Teknologi Maklumat dan Komunikasi KeTSA.
  • Memberi khidmat nasihat teknikal berkaitan ICT.
  • Merancang dan melaksanakan pembangunan kapasiti ICT. 
  • Merancang, membangun dan menyelenggara sistem aplikasi bagi menyokong fungsi dan operasi Kementerian.
  • Merancang dan melaksanakan proses perolehan dan pelupusan peralatan ICT, KeTSA.
  • Membantu, menyokong dan memantau pelaksanaan inisiatif agensi pusat (contohnya 1Gov*Net, 1GovuC dan GDC) di KeTSA , Jabatan dan Agensi ​