Program Manusia dan Biosfera (MAB) yang dilancarkan pada tahun 1971 merupakan program saintifik antara Kerajaan di bawah UNESCO yang menyediakan asas saintifik untuk pengurusan, pendidikan dan penyelidikan bagi memulihara dan mengguna sumber asli secara mampan. Selain itu, ia bertujuan memperbaiki pertalian antara manusia dengan alam sekitar dengan mengimbangkan keperluan pembangunan dan penjagaan alam sekitar.
Terdapat 651 tapak rizab biosfera dari 120 negara di dunia. Malaysia menyertai Program MAB pada tahun 2009 dengan mencalonkan Tasik Chini, Pahang sebagai tapak rizab biosfera pertama di Malaysia. Pada tahun 2014, Banjaran Crocker di Sabah telah berjaya disenaraikan sebagai tapak rizab biosfera kedua Malaysia.
>Fungsi Tapak Rizab Biosfera
- Pemuliharaan dan konservasi biodiversiti
- Menyokong pembangunan lestari
- Sokongan logistik (sebagai pusat pembelajaran, latihan, penyelidikan dan sebagainya)
Kawasan tapak rizab biosfera dilindungi melalui tiga (3) jenis zon iaitu:
-
Zon Core: Kawasan perlindungan untuk konservasi biodiversiti. Hanya membenarkan penyelidikan dan pembangunan tanah yang berimpak rendah.
Zon Buffer: Kawasan ini terletak di sekeliling zon core. Aktiviti dan penggunaan sumber asli di kawasan ini perlu konsisten dengan perlindungan di kawasan zon core. Zon ini membenarkan aktiviti berkaitan dengan aspek ekologi, kajian dan eksperimen saintifik, alam sekitar serta ekopelancongan
-
Zon Transition: Zon ini merupakan kawasan paling luar dari kawasan tapak rizab biosfera. Keutamaan bagi pelaksanaan aktiviti di kawasan ini bertumpu kepada pembangunan lestari oleh masyarakat setempat. Penggunaan tanah dan air dibenarkan tetapi harus selari dengan tujuan konservasi alam sekitar
>Rizab Biosfera Tasik Chini
Tasik Chini, Pahang yang meliputi keluasan seluas 6,922.97 hektar telah diwartakan sebagai tapak rizab biosfera yang pertama di Malaysia pada 26 Mei 2009. Terdapat 104 spesies pokok yang terancam, 304 spesies haiwan bukan akuatik dan 144 spesies ikan air tawar di Tasik Chini. Kekayaan sumber alam ini telah menjadikan Tasik Chini sebagai salah satu destinasi ekopelancongan di Malaysia.
Sijil MAB UNESCO
PETA TASIK CHINI |

AKTIVITI MENJALA OLEH ORANG ASLI | PEMANDANGAN TASIK CHINI |

PEMANDANGAN TASIK CHINI | 
POKOK TERATAI DI TASIK CHINI |

POKOK TERATAI DI TASIK CHINI |
>Rizab Biosfera Banjaran Crocker
Banjaran Crocker, Sabah yang berkeluasan 350, 584 hektar telah diiktiraf sebagai tapak rizab biosfera kedua di Malaysia pada 12 Jun 2014. Kawasan ini berlandskap bukit-bukau, gunung tropika, dan hutan semula jadi yang kaya dengan kepelbagaian biologi dan nilai kebudayaan. Tapak rizab biosfera ini diuruskan oleh Taman-taman Sabah.
Sijil MAB UNESCO
PETA BANJARAN CROCKER |

PEMANDANGAN BANJARAN CROCKER | 
PEMANDANGAN BANJARAN CROCKER |

SUNGAI MAHUA DI BANJARAN CROCKER
Kredit gambar: Azami Bongsu | 
KEPELBAGAIAN BIODIVERSITI DI BANJARAN CROCKER
SUNGAI MAHUA DI BANJARAN CROCKER
Kredit gambar: Azami Bongsu |
| |
>Organisasi Bertanggungjawab
Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar merupakan Sekretariat bagi Program Manusia dan Biosfera Malaysia. Sekretariat ini bertanggungjawab menyelaras hala tuju dan usaha-usaha memulihara rizab biosfera di Malaysia. Sekretariat juga merupakan urus setia kepada Jawatankuasa Kebangsaan Program Manusia dan Biosfera yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar. Jawatankuasa Kebangsaan ini dibantu oleh Jawatankuasa Kerja Teknikal Program Manusia dan Biosfera
>Prosedur Pencalonan
 |
>Carta Alir Struktur Pengurusan
 |