Sign In

Tabung Amanah Konservasi Sumber Asli Nasional (NCTF)

​​​​​​​​​​​​​​​​​​​
​​
​ 

Tabung Amanah Konservasi Sumber Asli Nasional (NCTF) telah ditubuhkan bagi membiayai penyelidikan, pembangunan, pengurusan, perlindungan, adaptasi dan mitigasi kepada perubahan iklim, kesedaran dan usaha-usaha konservasi di dalam negara.​

​​​​​​​​​​>Objektif​​

  1. Melaksanakan pelan konservasi jangka panjang bagi menyokong pengurusan sumber asli;
  2. Menyokong Pengurusan Hutan Secara Berkekalan;
  3. Melaksanakan aktiviti penyelidikan dan pembangunan dalam bidang pengurusan sumber asli dan konservasi;
  4. Menyokong pembangunan kapasiti bagi melaksanakan obligasi dan komitmen negara di bawah Perjanjian Alam Sekitar Pelbagai Hala; dan
  5. Menyediakan mekanisme untuk menerima dan menyalurkan dana bagi menyokong pengurusan sumber asli dan konservasi biodiversiti.

​​​​​​​​​​>Bidang Fokus  NCTF​

Bidang Fokus 1 : Pengurusan Sumber Asli

  1. Projek dan aktiviti-aktiviti yang bertujuan untuk mengurus, memantau dan melindungi kawasan-kawasan berkepentingan biodiversiti dan kawasan sensitif alam sekitar;
  2. Projek dan aktiviti-aktiviti yang bertujuan untuk mengurus, memantau dan melindungi biodiversiti in-situ termasuk ekosistem dan spesies;
  3. Projek dan aktiviti-aktiviti yang bertujuan untuk mengurus, memantau dan melindungi biodiversiti ex-situ termasuk spesies tempatan dan genetik; dan;
  4. Projek dan aktiviti-aktiviti mitigasi kepada perubahan iklim untuk mengarusperdana konservasi biodiversiti dan pengurusan sumber asli secara mapan.

Bidang Fokus 2 : Penyelidikan dan Pembangunan

Pembiayaan aktiviti-aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D) di dalam bidang saintifik, teknologi dan sosio-ekonomi berkaitan konservasi biodiversiti dan pengurusan sumber asli secara mapan selaras dengan dasar-dasar berkaitan konservasi serta komitmen negara di bawah forum dan perjanjian alam sekitar pelbagai hala.


Bidang Fokus 3 : Pembangunan Kapasiti

  1. Projek dan aktiviti-aktiviti pembangunan modal insan dan latihan dalam bidang konservasi biodiversiti dan pengurusan sumber asli secara mapan termasuk pengukuhan dan pemahaman mengenai dasar-dasar, undang-undang, peraturan-peraturan, garis panduan dan obligasi negara di dalam forum dan perjanjian alam sekitar pelbagai hala;
  2. Projek dan aktiviti-aktiviti yang bertujuan untuk meningkatkan kesedaran awam melalui pendidikan, latihan dan pembangunan kapasiti termasuk menyokong kempen bagi perlindungan dan konservasi;
  3. Projek dan aktiviti-aktiviti bagi memupuk pemahaman dalam pelaksanaan, penguatkuasaan dan penambahbaikan polisi, a​kta, peraturan dan garis panduan dalam bidang konservasi; dan;
  4. Penganjuran seminar, kursus, bengkel, persidangan dan kolokium yang dibiayai oleh NCTF.

Bidang Fokus 4 : Mekanisme Pembiayaan Berkekalan

Projek dan aktiviti-aktiviti untuk melaksanakan mekanisme pembiayaan berkekalan serta perkongsian faedah kewangan dan sumber-sumber lain di antara kerajaan persekutuan dan negeri.