Sign In

Tenaga

​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​

  • ​​Memperkasakan Industri Bekalan Elektrik Malaysia bagi memastikan pembekalan tenaga elektrik yang selamat, berdaya harap dan mampan pada harga yang kompetitif.
  • Membuat Dasar dan Perancangan Pembekalan Elektrik Negara.
  • Mempromosi dan mengawal selia aktiviti perdagangan tenaga elektrik merentasi sempadan antara negara-negara ASEAN.
  • Memastikan tarif elektrik yang dibayar oleh pengguna adalah kompetetif dan telus melalui semakan tarif di bawah kerangka Incentive Based Regulation (IBR) dan mekanisme Imbalance Cost Pass Through (ICPT).
  • Melaksanakan Program Rebat Bil Elektrik RM40 bagi kesejahteraan rakyat.
  • Memastikan kemampanan bekalan elektrik Sabah dengan pelaksanaan projek-projek bekalan elektrik Sabah.
  • Menggalakkan pertumbuhan dan pembangunan Tenaga Boleh Baharu (TBB) dengan memperkukuhkan tadbir urus dan kawal selia industri TBB serta meningkatkan peratusan TBB dalam penjanaan elektrik.
  • Menggalakkan penjimatan dan kecekapan tenaga melalui memperkukuhkan tadbir urus dan kawal selia serta pembangunan keupayaan melalui kempen kesedaran dan amalan cekap tenaga serta promosi penggunaan perkakasan dan peralatan kecekapan tenaga.
  • Menguruskan pembiayaan program/projek yang menyumbang kepada pembangunan Industri bekalan elektrik Negara termasuk R&D tenaga boleh baharu, pembangunan sumber manusia dan penggalakan kecekapan elektrik



 Jawatankuasa

​​
ASEAN Ministers on Energy Meeting (AMEM)

Jawantankuasa Perancangan dan Pelaksanaan Pembekalan Elektrik dan Tariff (JPPPET)


 Dasar & Perundangan


Dasar

  • Dasar Tenaga Negara (1979)
  • Dasar Kepelbagaian Bahan Api (1981)
  • Dasar Lima Bahan Api (2001)
  • Dasar Tenaga Boleh Baharu Negara(2010)
  • Dasar Kecekapan Tenaga Negara (2016)

Akta

  • Akta Suruhanjaya Tenaga 2001 [Akta 610]
  • Akta Bekalan Elektrik 1990 [Akta 447]
  • Akta Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari 2011 [Akta 726]
  • Akta Tenaga Boleh Baharu 2011  [Akta 725]​