Penubuhan Unit Pembangunan Strategik Ekopelancongan Secara Mampan Di Kementerian Tenaga & Sumber Asli
21 July 2020

‚ÄčKeTSA akan menubuhkan satu unit baharu iaitu Unit Pembangunan Strategik Ekopelancongan khusus bagi tujuan menggalakkan pemuliharaan biodiversiti dan menjana pendapatan ekonomi kepada rakyat dan negara.

 

Inisiatif bagi menggiatkan aktiviti ekopelancongan juga merupakan salah satu inisiatif tawaran baharu KeTSA bagi tempoh 2020 hingga 2023 dibawah komitmen menguruskan sumber asli secara mampan.

 

Penubuhan unit baru ini nanti akan dapat memastikan sasaran inisiatif yang ditetapkan bagi menggiatkan aktiviti ekopelancongan iaitu penglibatan masyarakat tempatan dan pribumi dalam ekopelancongan ditingkatkan sebanyak 50% pada tahun 2025 berbanding tahun 2020. Taman Negara, Taman Negeri, Hutan Lipur dan Taman Geopark disenaraikan sebagai destinasi ekopelancongan utama negara.

‚Äč

 

 

Attachments