MENTERI KETSA LAWAT PUSAT KONSERVASI GAJAH KEBANGSAAN (PKGP) KUALA GANDAH SELEPAS TEMPOH PKP
19 June 2020

​Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan (PKGK) Kuala Gandah, Pahang yang ditutup kepada pelawat semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Mac lalu, kini telah dibuka mulai pada 15 Jun 2020.

 

Perkara ini diumumkan Menteri KeTSA YB Dato' Dr. Shamsul Anuar Nasarah pada lawatan beliau ke PKGK tempoh hari.

 

Selain PKGK, beberapa lagi lokasi-lokasi kunjungan awam di bawah seliaan Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia dan Jabatan PERHILITAN Semenanjung Malaysia turut dibuka kepada orang awam.

 

Walau bagaimanapun, pelawat yang berhasrat untuk mengunjungi tempat-tempat tersebut perlulah mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan Kerajaan bagi mengelakkan penularan wabak Covid-19.

 

 

Lawatan YB Menteri ke PKGK hari ini adalah sebahagian daripada lawatan rasmi beliau ke Negeri Pahang pada 14 dan 15 Jun 2020.

 

 

 

 

 

Attachments